Seorang kakitangan Pos Malaysia menunjukkan koleksi setem pelancongan Melaka dan Sarawak yang akan dipasarkan mulai Jumaat ini.

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan edisi keempat setem “Destinasi Pelancongan” yang menampilkan khazanah-khazanah serta destinasi-destinasi pelancongan popular di Melaka dan Sarawak.

“Siri setem ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pos Malaysia untuk memperkenalkan
kebudayaan serta warisan yang sinonim dengan negeri Melaka dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, dua setem dengan nilai muka 60 sen setiap satu dihasilkan bagi kedua-dua negeri tersebut.

Miniature Sheet_Lembaran MiniAntara lokasi yang dipaparkan pada setem negeri Melaka adalah Rumah Melaka dan Galeri Demang Abdul Ghani serta Rumah Ibu, Tiang Seri dan Tembikar Seramik.

Sementara itu, Rumah Melanau, Tarian Alu-Alu serta Kampung Budaya Sarawak, dan Kain Pua Kumbu, kain tradisi tenunan kaum Iban serta Tajau atau pasu dicetak pada setem negeri Sarawak.

Bagi siri ini, hanya 800,000 keping (400,000 keping bagi setiap negeri) setem sepasang dihasilkan.

Stamp Set_Set Setem

Untuk melengkapkan siri ini, Pos Malaysia turut menghasilkan 25,000 keping Lembaran Mini (MS), yang mengandungi dua keping setem, dengan nilai muka RM2.00 setiap satu. Ia menampilkan imej Muzium Maritim Melaka dan
Pelayaran Sungai Melaka dan Astana Sarawak serta Pelayaran Sungai Sarawak.

Ia ini dijual pada harga RM4.00 setiap satu. Cap tarikh khas bagi siri ini menampilkan Tangga Melaka dan Burung Enggang.

Produk filateli lain yang turut dijual adalah 30,000 keping Sampul Hari Pertama (FDC) dengan risalah percuma dijual pada harga 50sen setiap satu, manakala 1,800 keping folder boleh didapati pada harga RM6.00 setiap satu.

Set lengkap siri setem ini dijual pada harga RM41.40 setiap satu.

Kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, setem ini boleh didapati pada hari Ahad ini dan negeri-negeri lain pada hari Jumaat ini. – MalaysiaGazette