Pemain Manchester City Sergio Aguero bersorak selepas berjaya menjaringkan gol ke pintu gol Schalke pada perlawanan awal pagi tadi.

LONDON – Pasukan Schalke 04 malu besar’ apabila dengan mudah ditewaskan Manchester City 7-0 dalam perlawanan yang berlangsug awal pagi tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu, yang menjulang Piala Liga bulan lalu kekal pada landasan untuk menjulang empat kejuaraan musim ini selepas turut memimpin carta Liga Perdana Inggeris selain masih bersaing dalam kempen Piala FA.

Kemenangan besar itu menyamai rekod kemenangan terbesar dalam saingan Liga Juara-Juara di peringkat kalah mati yang memberikan Schalke memori hitam yang sukar dilupakan.

Begitupun, ia mungkin memberikan petanda baik buat City yang sebelum ini turut menewaskan Schalke dalam laluan mereka memenangi satu-satunya trofi di peringkat Eropah iaitu Piala Juara-Juara pada 1970. – MalaysiaGazette