TERKINI : Tan Sri Mohamad Fuzi Jawab Kritikan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Polis mempertahankan tindakan menangkap dan mengusir enam militan Mesir dan seorang anggota Militan Tunisia ke negara asal mereka sebagai langkah menyekat rangkaian keganasan mereka di negara ini.

Ketua Polis Negara hari ini mempertahankan tindakan polis itu yang dikritik Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya polis bertindak terburu mengusir anggota militan berdasarkan maklumat risikan luar negara tanpa merujuk kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata berkemungkinan terdapat masalah teknikal dalam isu tersebut kerana polis telah bertindak selepas menerima arahan pihak Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara (AG) berkaitan tindakan pengusiran ini.