Ahmad Idham.

KUALA LUMPUR- Pengarah filem, Ahmad Idham Nazdzri dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu.

Ia diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini.

Pelantikan bagi tempoh dua tahun itu berkuatkuasa 11 Mac lalu.

Ahmad Idham pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara itu berpengalaman dalam industri kreatif selama 25 tahun selain pernah menerima pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara.

Beliau menggantikan pemangku jawatan berkenaan, Shakib Ahmad Shakir.-MalaysiaGazette