Seorang calon memeriksa angka giliran sebelum memasuki dewan pada hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 06 NOVEMBER 2017 - foto hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua calon Sijil Peperiksaan Malaysia di daerah Pasir Gudang boleh mendapatkan slip keputusan masing-masing di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan Sekolah Kebangsaan Kota Puteri 4 di Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, Johor Bahru mulai 10 pagi ini.

Ia susulan penutupan semua sekolah di daerah itu ekoran bencana pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang.

Selain itu, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan, calon-calon SPM boleh membuat semakan melalui Online dengan mengakses laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan. atau semakan Keputusan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi manakala perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula dari jam 1000 pagi, 14 Mac 2019 sehingga jam 600 petang, 20 Mac 2019.

Sebarang pertanyaan lanjut lanjut berkaitan perkara ini boleh menghubungi talian khas SPM 2018 Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang melalui nombor 07-3883433 dan 07-3860773 dan Jabatan Pendidikan Johor di talian 07-2310041. – MalaysiaGazette