Liga Juara-Juara
Aksi Messi selepas berjaya menyumbatkan gol ke pintu gol Lyon pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

BARCELONA – Aksi lincah Lionel Messi pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi berjaya mengelirukan pemain-pemain Lyon hingga membawa kepada dua jaringan gol.

Pemain berusia 31 tahun itu membantu pasukannya Barcelona ke suku akhir selepas penyudah permainan menunjukkan agregat 5-1.

Satu gol yang diperoleh oleh Lyon dijaringkan oleh pemain Voley Lucas Tousart.

Messi kini sudah mengumpul 108 gol dalam kempen Liga Juara-Juara manakala Cristiano Ronaldo memiliki 124 gol. – MalaysiaGazette