Azman Mohd

KUALA LUMPUR – Sebarang kenyataan berhubung perubahan dalam kepimpinan dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau perkara yang mempengaruhi kumpulan itu akan dikeluarkan secara rasmi pada waktu yang tepat.

TNB mengulas laporan berhubung peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azman Mohd.

Sebuah media berbahasa Inggeris melaporkan Azman telah diberi notis untuk melepaskan jawatan pada Jumaat lalu.

Berita itu mengejutkan memandangkan kontrak Azman telah dilanjutkan selama dua tahun pada 1 Julai tahun lalu.

Pengerusi UEM Edgenta Berhad, Amir Hamzah Azizan dipercayai akan menggantikan kedudukan Azman. – MalaysiaGazette