Suruhanjaya Sekuriti

SINGAPURA- Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Goldman Sachs yang terlibat dalam pelbagai siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Kami telah mengeluarkan sepucuk surat kepada Goldman Sachs,” kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar dalam satu sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu bila surat berkenaan dikeluarkan selain tidak menyatakan sebarang butiran lanjut mengenai kandungan surat tersebut.

Tiada maklum balas daripada Goldman Sachs selepas dihubungi Reuters.

Sekiranya SC mendapati sesebuah institusi kewangan telah melanggar peraturan, badan tersebut boleh mengambil tindakan termasuk mengenakan denda atau membatalkan lesen operasi.

Selain saman sivil, Goldman Sachs juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat di atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga bon bernilai AS$6.5 juta untuk 1MDB.- Reuters.

ARTIKEL BERKAITAN:

Skandal 1MDB: Goldman boleh didenda sehingga AS$9b

Goldman Sachs bertanggungjawab jika gagal urus pelaburan 1MDB

Goldman Sachs akui laksana jaminan bon tanpa kelulusan Lembaga Pengarah IPIC