TERKINI : BUANG SISA KIMIA! Jangan Panik dan Jangan Takut – Yeo Bee Yin

KUALA LUMPUR – Pengusaha kilang di Pasir Gudang diseru agar tidak membuang sisa kimia di tempat yang tidak sepatutnya kerana takut dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, tindakan itu dikhuatiri memburukkan lagi situasi pencemaran kimia di kawasan tersebut. “Pengusaha, jangan buang sisa kerana panik. Kalau ikut undang-undang tak payah takut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.