Pelajar menjadi mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang,

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak supaya tidak memandang remeh isu pencemaan bahan kimia di Pasir Gudang dan segera mengisytiharkan perintah darurat bagi mengelakan perkara tidak diingini.

Malah Ahli Parlimen Pasir Gudang (PH), Hassan Abdul Karim untuk seketika kelihatan ‘hilang sabar’ kerana usul tergempar yang dibawa olehnya tentang isu pencemaran sisa kimia hanya akan dibahaskan pada Isnin depan.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang ingin meminta untuk menyampaikan mesej saya kepada kerajaan Persekutuan mendesak perintah darurat di kawasan ini hari ini juga.

“Pagi tadi saya telah hantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan bagi supaya usul tergempar dibentangkan hari ini dan bukannya Isnin akan datang.

“Saya minta soal teknikal diketepikan, ini soal nyawa, saya minta usul darurat ini  dibincangkan dan dibahaskan hari ini,” katanya ketika sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat sebentar tadi.

usul

Hassan berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin ketika menjawab tentag situasi pencemaran toksik sdi Sungai Kim Kim Pasir Gudang.

Bee Yin ketika menjawab berkata, ini bukan satu keputusan yang boleh dilakukan olehnya sendiri sebaliknya memerlukan jawatankuasa bagi membuat keputusan muktamad namun beliau berjanji akan melakukan yang terbaik secepat mungkin.

Semalam, Menteri Besar Johor, Dato Osman Sapian ketika di sidang media di Menara Aqabah menyifatkan keadaan itu masih terkawal dan tidak perlu diisytiharkan sebagai darurat.

Pencemaran bahan kimia melibatkan Sungai Kim Kim dan menjejaskan orang awam di sekitarnya kini menyebabkan lebih 500 orang dirawat di hospital.

Sembilan daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

Kementerian Pendidikan pula telah mengarahkan 11 buah sekolah di tutup di daerah Pasir Gudang tutup serta-merta mulai semalam sehingga awal pagi tadi.

Sementara itu, Bee Yin secara tegas mengingatkan kepada semua pihak termasuk blok pembangkang agar tidak mempolitikkan isu pencemaran ini atau menudingjari sebaliknya bersama-sama membantu bagi menyelesaikan krisis ini.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan antara tindakan sedang dilakukan termasuk penggunaan pelbagai peralatan canggih akan dibawa oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Meteorologi bagi membantu memantau kadar pencemaran di Pasir Gudang.

“Peralatan canggih ini akan membolehkan pasukan membaca tahap pencemaran dibuat secara terus dan tiupan angin,” ujarnya. –MalaysiaGazette