Beberapa Anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan alat Analisis Gasmet untuk mengukur tahap radiasi yang tercemar ditempat pembuangan sisa bahan kimia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Kim Kim, Masai, Johor Bahru. foto RAJA JAAFAR ALI, 14 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Kenapa sampai sekarang tidak ada jurucakap rasmi kerajaan Johor berkenaan kes pencemaran kimia di Pasir Gudang?

Itu persoalan Ahli Dewan Undangan Negeri Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

onn

Menurutnya, ia memperlihatkan kegagalan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Datuk Osman Sapian melaksanakan tindakan awal dalam kes pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim.

“Ini merupakan bencana pertama yang perlu ditangani kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor. Meskipun mereka boleh bertindak dengan lebih pantas, namun apa sahaja tindakan untuk membaiki keadaan adalah amat dihargai.

“Di dalam sebarang inisiatif pengurusan krisis, antara perkara utama yang perlu diambil kira adalah komunikasi dan penyampaian mesej yang benar. Jika ini tidak dapat diuruskan dahulu, maka pelbagai spekulasi boleh merebak dan akan memburukkan lagi keadaan sedia ada.

“Tambahan lagi, ahli keluarga mangsa yang terjejas juga berhak untuk menerima informasi yang benar dan terkini, terus daripada pihak kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Onn Hafiz, kenyataan Osman sehingga kini, jumlah mangsa telah meningkat secara mendadak dan sepatutnya jawatankuasa kerja bagi menangani kejadian pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dengan diaktifkan lebih awal.

“Seterusnya, sekolah-sekolah yang terlibat di sekitar radius Sungai Kim Kim sepatutnya ditutup terus sejak dari gelombang pertama lagi. Ia perlu dilakukan sehingga pihak berkuasa benar-benar pasti tiada perkara yang lebih mudarat akan terjadi,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/14/mkn-ambilalih-lantik-jurucakap-khas-tangani-tragedi/