Sesi fotografi bersama Pelakon, Rozita Che Wan selepas pada sidang media mengenai isu dakwaan tunggakan gaji oleh bekas pemandunya di Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 MAC

PETALING JAYA- Beberapa minggu yang lalu, media sosial kecoh apabila seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan mendakwa pelakon itu tidak membayar gajinya.

Tindakan Muhammad Riduan Mohd. Mizol, 21, memuat naik ketidakpuasan hatinya itu di Facebook menjadikan isu tersebut tular di media sosial.

Ramai yang mengecam Rozita atau lebih dikenali Che Ta kerana didakwa enggan melunaskan pembayaran gaji bekas pekerjanya itu.

Menerusi sidang media hari ini, Che Ta menyifatkan kontroversi tersebut yang paling buruk pernah dialaminya sejak bergelar selebriti.

“Iya (sambil mengangguk ketika ditanya). Sebelum ini, mana ada isu sangat, ini paling teruk,” katanya.

Bukan sahaja maruah dirinya, Che Ta menambah, perniagaannya turut terjejas kerana persepsi negatif terhadap dirinya.

“Kalau saya terjejas, sudah tentu pekerja-pekerja di bawah pun turut kena terjejas,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bekas pemandu Che Ta masih belum minta maaf

 

Tinggalkan Jawapan