Beberapa Anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan alat Analisis Gasmet untuk mengukur tahap radiasi yang tercemar ditempat pembuangan sisa bahan kimia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Kim Kim, Masai, Johor Bahru. foto RAJA JAAFAR ALI, 14 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan mengenakan penaliti lebih berat ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah alam sekitar.

Ia termasuk meningkatkan tempoh hukuman penjara dan denda dalam undang-undang sedia ada berkaitan alam sekitar, kata Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

“Penaliti lima tahun penjara dan denda RM500,000 (misalnya) tidak akan menghalang pencemar. Kerajaan patut mempertimbang hukuman penjara 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM1 juta,” katanya.

Shariffa Sabrina berkata bagi mengelak perkara sama berulang, langkah pencegahan mesti dilaksana di seluruh negara.

“Meter ujian gas dan pencemaran seharusnya dipasang di semua kawasan perindustrian utama,” tambahnya.

Beliau turut menyarankan setiap syarikat kimia diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memudahkan proses pemantauan.- BERNAMA