Ganbar hiasan

KUALA LUMPUR-Harga bahan api tidak bersubsidi, RON97 naik lapan sen kepada RM2.54 seliter manakala harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh 16 Mac 2019 sehingga 22 Mac 2019.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM) harga runcit produk RON95 bagi tempoh 16 Mac sehingga 22 Mac 2019 adalah sebanyak RM2.24 seliter manakala diesel pula adalah RM2.37 seliter.

Bagaimanapun, harga dua bahan api subsidi tersebut dikekalkan berikutan keputusan kerajaan untuk meletakkan had kepada harga RON95 pada RM2.08 seliter dan diesel RM2.18 seliter.

Ini bagi menyekat kenaikan harga runcit kedua-dua produk petroleum berkenaan supaya dapat mengurangkan beban kewangan rakyat.-MalaysiaGazette