KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir yang sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser tahap empat berdoa meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu.

Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.

Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkongsi berita pemergian pelakon berkenaan dalam akaun Facebooknya.

” Dengan penuh rasa duka dimaklumkan bahawa Kak Long Wafa Abdul Kadir @wafaabdulkadir telah berpulang ke rahmatullah pada 16 Mac 2019 jam 1.00 pagi. Marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.

Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.

Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.

Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian. – MalaysiaGazette