Sahruddin Jamal
Sahruddin Jamal

PASIR GUDANG – Seramai 65 pesakit baharu dimasukkan ke wad setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah mereka yang masih dirawat di hospital 371 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah 371 pesakit itu menyaksikan penurunan berbanding 491 yang dirawat di hospital sebelum ini.

“Jumlah pesakit yang masih diberikan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lapan orang dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerja-kerja pembersihan yang dikawal selia Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih diteruskan oleh kontraktor menggunakan jentera dan mesin secara manual.

Ujarnya, kerja-kerja pembersihan dilakukan mengikut giliran penugasan yang dijalankan selama 24 jam sehari. – MalaysiaGazette