CHRISTCHURCH, New Zealand – Seorang lelaki yang didakwa melepaskan tembakan di masjid di Christchurch dihadapkan ke mahkamah dan direman sehingga 5 April.

Kemunculannya sejenak warga Australia, Brenton Harrison Tarrant pada pagi ini tidak tertakluk kepada ikat jamin.

Beliau yang memakai baju penjara serta tangan bergari kelihatan tenang dalam tempoh tiga minit dengan memandang seluruh bilik perbicaraan yang penuh sesak, lapor ABC News.

Ketika Tarrant dibawa masuk, dia menunjukkan isyarat kekuasaan bangsa kulit putih.

Tarrant didakwa melakukan satu pembunuhan walaupun hakim menyatakan adalah ‘munasabah untuk diandaikan’ akan terdapat lebih banyak pertuduhan.

Para pegawai polis bersenjata berada berhampirannya dan terhadap kira-kira 50 wartawan di dalam bilik perbicaraan di tengah bandar Christchurch.

Hakim menghalang orang ramai memasuki mahkamah ‘atas alasan keselamatan awam’.

Perdana Menteri, Jacinda Arden menyifatkan serangan itu adalah yang terburuk dalam sejarah New Zealand ketika waktu aman dan negara tersebut telah meningkatkan hahap keselamatan.

Ardern juga berhasrat untuk meninda undang-undang senjata api berikutan serangan yang mengejutkan itu.

Beliau berkata, Tarrant mempunyai lesen senjata api yang membenarkan dia memiliki senjata api secara sah.

Dua orang lagi masih di tahan. – Agensi

Angka korban serangan masjid meningkat kepada 49 orang

Tinggalkan Jawapan