Sebuah jalan raya berlumpur selepas berlaku banjir kilat di Papua, Indonesia semalam, foto Agensi

JAKARTA – Banjir kilat di Papua, Indonesia mengorbankan 42 orang dan 21 lagi cedera parah.

Kawasan Sentani berhampiran ibu kota wilayah Jayapura telah dilanda hujan lebat sejak Sabtu yang mencetuskan banjir, kata pejabat itu, Cory Simbolon.

Jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, sekurang-kurangnya sembilan rumah dan dua jambatan telah rosak akibat banjir, namun pasukan mencari dan menyelamat masih belum mencapai semua kawasan yang dilanda banjir.

Air kini telah surut, meninggalkan lumpur, balak dan bahan lain yang dibawa oleh banjir kilat,” kata Nugroho dalam satu kenyataan.

Lebih 120 penduduk terpaksa berteduh di pejabat kerajaan selepas rumah mereka dilanda banjir, katanya.

Pihak berkuasa, yang dibantu oleh Palang Merah dan sukarelawan, bertindak balas untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat. – MalaysiaGazette