Pesawat 737 Max. foto Agensi

BUENOS AIRES – Argentina menjadi negara terkini yang menutup sementara ruang udaranya bagi penerbangan Boeing 737 Max 8.

Rabu lalu, Panama telah mengumumkan perkara sama.

Keputusan itu selepas lebih seminggu berlaku nahas membabitkan Ethiopian Airlines yang mengorbankan 157 orang mangsa.

Ia merupakan kejadian kedua dalam tempoh lima bulan selepas model pesawat yang sama milik Lion Air terhempas selepas berlepas.

Kejadian itu membunuh 189 orang penumpang.

Sebelum ini, beberapa negara telah melakukan tindakan serupa ke atas Boeing 737 Max 8. – MalaysiaGazette