Gambar hiasan

CALIFORNIA – Facebook Inc mengeluarkan 1.5 juta video serangan masjid di New Zealand dari seluruh dunia dalam tempoh 24 jam pertama selepas kejadian tersebut.

“Dalam 24 jam pertama kami mengeluarkan 1.5 juta video serangan global, yang mana lebih daripada 1.2 juta video telah disekat daripada dimuat naik …,” katanya.

Syarikat itu berkata ia juga membuang semua versi video yang diedit bagi menghormati mangsa-mangsa dan kebimbangan pihak berkuasa tempatan.

Jumlah kematian dalam tembakan di dua masjid di New Zealand meningkat kepada 50 orang.

Suspek utama yang melepaskan tembakan itu telah menggunakan aplikasi yang direka untuk sukan ekstrem untuk berkongsi secara langsung serangan selama 17 minit di Facebook. – MalaysiaGazette