Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka dengan fitnah yang disebarkan kononnya baginda terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang, Johor.

Menerusi laman rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka.

572ce340-a6eb-4d17-9f86-6db27eb5f38c
Foto Laman Rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan iskandar

Baginda bertitah sebaliknya tumpuan harus diberikan kepada cara menyelesaikan isu itu secara tuntas.

“Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah bahawa saya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu ini. Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terbabit dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan Institusi Diraja Johor,” titah baginda.

Sultah Ibrahim turut bertitah baginda juga mengikuti perkembangan insiden pencemaran sisa kimia itu dari masa ke semasa serta kerja-kerja pembersiahan yang dijalankan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette