Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan (kanan) ketika melawat mangsa pencemaran kimia di Pasir Gudang, Johor hari ini.

PASIR GUDANG – Walaupun kes pencemaran kimia di Sungai Kim-Kim bukan darurat namun kesemua mangsa wajar menerima pampasan daripada kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana soal kebajikan perlu diberi perhatian kepada kesemua 4,000 mangsa yang terjejas.

Lagi pun, wang pampasan perlu memandangkan mangsa perlu menerima rawatan susulan di hospital kerana mereka mungkin menerima kesan kesihatan jangka panjang.

“Jika mangsa bencana alam seperti banjir layak menerima pampasan, kes ini juga adalah bencana bahan kimia dan mereka layak menerimanya,” katanya dalam sidang akhbar ketika melawat mangsa di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pesalah dalam kes berkenaan perlu mengambil tanggungjawab membersihkan kawasan terjejas serta menanggung semua kos pembersihan bukan dibebankan kepada kerajaan sahaja.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan