DC United
Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol hatrik pertama dalam Major Soccer League di Amerika Syarikat semalam.

AMERIKA SYARIKAT – Wayne Rooney menjaringkan gol hatrik pertama dalam Major League Soccer Amerika Syarikat semalam.

Bekas bintang Manchester United yang kini beraksi untuk Kelab DC United menjaringkan gol hatrik untuk menyingkirkan Real Salt Lake 5-0.

Bekas kapten pasukan bola sepak England berusia 33 tahun itu membuka jaringan menerusi sepakan penalti sebelum menyumbat gol kedua sebelum separuh masa pertama ditangguhkan pengadil.

Gol ketiga Rooney hadir pada minit ke-65 menentang Real Salt Lake yang menamatkan saingan dengan sembilan pemain.

Pasukan Rooney kini mengungguli carta liga MLS yang sentiasa dikenali sebagai liga persaraan bola sepak selepas tiga perlawanan musim baharu setakat ini.

Pasukan itu sebelum ini berada pada tangga tercorot ketika Rooney menyertai kelab itu dari Everton pada 2018.

Rooney setakat ini menjaringkan 12 gol dan 17 bola sokongan untuk DC United.- MalaysiaGazette