Foto Instagram Syamsul Yuosf

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi perempuan petang semalam.

Menerusi Instagramnya, Syamsul, 35, turut memberitahu nama anak kedua mereka itu adalah Sumayyah Mohd. Syamsul.

Pengarah filem Khurafat itu juga memaklumkan bayi mereka dilahirkan dengan berat tiga kilogram.

“Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki… Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi (semalam).

“Kali ini Allah kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan…#tangisanKesyukuran,” tulisnya.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Syaikul Islam, 2. – MalaysiaGazette