Kirsten Gillibrand foto Agensi

WASHINGTON – Kirsten Gillibrand menjadi calon terbaharu daripada Demokrat yang menyertai persaingan untuk Pilihan Raya Presiden pada tahun depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Senator New York itu melalui video Online.

Sebanyak 15 0rang calon Demokrat telah mengumumkan untuk menjadi calon presiden termasuk Elizabeth Warren, Senator Massachusetts dan Kamala Harris (California) serta Bernie Sanders.

Manakala Beto O’Rourke dari Kongres turut bersaing.

Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden turut memberi isyarat akan bertanding pada pilihan raya nanti. – MalaysiaGazette