Polis mencari seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kejadian tembakan rambang di di Utrecht.

HAGUE – Seorang maut manakala beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang oleh seorang lelaki di dataran Octplein 24 di Utrecht, Belanda pada Isnin.

Media tempatan melaporkan lelaki tersebut melarikan diri selepas melepaskan tembakan dan polis tidak menolak keganasan sebagai salah satu motif serangan.

Polis Utrecht dalam ciapan di laman Twitter berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut dan mengawal lokasi kejadian.

Sekeping foto lelaki dipercayai suspek turut dimuatnaik, dan orang ramai diminta menghubungi pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai individu dipercayai berusia 37 tahun dan merupakan kelahiran Turki itu.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte membatalkan mesyuarat dan telah diberi taklimat mengenai kejadian tersebut, kata seorang pegawai. – Agensi