Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, perubahan prosedur pelantikan jawatan penting tersebut telah mencipta sejarah di negara ini.
Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming nekad untuk tidak meminta maaf atas kenyataannya yang mengaitkan  kerjasama Pas dan UMNO dengan Taliban baru-baru ini.

Malah katanya, mana-mana pihak bebas untuk bersuara sekalipun mengekspresikan ketidakpuasan hati menerusi himpunan yang ingin diadakan oleh Dewan Pemuda Pas Selangor.

“Minta maaf untuk apa? Biarkan polis kendalikan. Kita hormati undang-undang kita juga hormat kebebasan bersuara.

“Mereka boleh anjurkan perhimpunan selagi ianya mematuhi undang-undang,” katanya yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kor Ming dalam masa yang sama menyalahkan pemberita kerana laporan berita beliau dipetik sebagai menggambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan.

“Kenyataan apa yang saya cakap? Adakah awak dengar apa yang saya kata? Awak hanya petik daripada apa yang dikatakan.

“Saya telah buat penjelasan tapi tak apa, nanti saya balik kaji tengok handsard dia ada yang tertera, saya akan ambil tindakan,” tambahnya.

Pemuda Pas Selangor hari ini berkata, pihaknya akan menganjurkan himpunan besar-besaran sekiranya tiga pemimpin DAP Lim Guan Eng (Setiausaha Agung), Nga Kor Ming (Pengerusi Perak) dan Chew Chong Sin (Pengarah Pendidikan Politik DAP) tidak meminta maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Pada 3 Mac lalu, Kor Ming dilaporkan berkata, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika UMNO dan Pas berjaya membentuk kerajaan.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS “perisytiharan perang” terhadap golongan bukan Melayu. Beliau kemudian membuat pembetulan dengan menukar frasa “perisytiharan perang” dengan “menyasarkan”.

Selain itu Pengarah Pendidikan Politik DAP yang juga ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand baru-baru ini yang mengorbankan 50 nyawa  patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama UMNO-Pas sebagai contoh.

Namun Chong Sin kemudiannya menarik kembali kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan “salah faham”.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemimpin DAP kena minta maaf, letak jawatan

 

1 Komen

Comments are closed.