Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni wakil media pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sedang merangka penyediaan peruntukan besar untuk penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia akan digunakan bagi membantu mahasiswa susulan ada laporan mengenai penuntut Universiti Malaya (UM) terpaksa mengikat perut, makan sekali sehari termasuk berpuasa kerana kekangan kewangan.

“Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) sekarang sedang merangka satu peruntukan lebih besar tapi kerana proses itu tentunya akan mengambil sedikit masa,” kata Presiden PKR itu di lobi Parlimen hari ini.

Beliau dalam masa yang sama menuntut Menteri Besar di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk memberi peruntukan khas kepada mahasiswa-mahasiwa di ketiga-tiga negeri itu sebagai bantuan.

Beliau turut memaklumkan pendedahan akhbar Berita Harian baru-baru ini dibawanya ke dalam sidang di Dewan Rakyat agar ia menjadi perhatian dan diselesaikan dengan segera.

“Saya dah bawak ia ke Parlimen sebagai satu isu yang besar dan saya dah cakap dengan tiga Menteri Besar untuk menyegerakan peruntukan khas.

“Tak payah banyak pun kalau bagi RM100 sebulan pun menampung apa yang kekurangannya,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/17/anwar-arah-siasat-segera-dakwaan-pelajar-ikat-perut/