Pemain Malaysia B-23, Danial Amier berebut bola dengan pemain Australia B-23, Reno Piscopo (kiri) pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019

SHAH ALAM – Pusingan Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020, skuad negara tampak perlu terus bekerja keras dalam usaha merebut tiket automatik ke saingan terbabit.

Sekalipun berjaya mengikat skuad B-23 Australia 1-1 malam ini, jelas masih ada lagi kelemahan perlu diperbaiki skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menjelang sepak mula kelayakan Jumaat ini.

Malaysia nyaris dibolosi apabila Syamer Kutty Abba pantas mengeluarkan percubaan Joseph Champness di hadapan gawang gol selepas Haziq sudah tewas pada minit ke-24.

Malaysia banyak mengancam menerusi bahagian sayap dan beroleh beberapa peluang dengan peluang terbaik hadir pada minit ke-29 selepas bola ditepis Jordan Holmes tiba di kaki Akhyar Rashid namun rembatan pemain muda itu terlalu tinggi.

Bersambung babak kedua, pemain gantian, Faisal Abdul Halim mencetus impak segera apabila gerakannya mengatasi pertahanan Australia sebelum Holmes cemerlang menafikan percubaan pemain itu pada minit ke-46.

Gawang Malaysia akhirnya bolos apabila Brandon Wilson menanduk masuk sepakan sudut sekali gus menewaskan penjaga gol gantian, Damien Lim Chien Kai untuk gol pembukaan perlawanan.

Nik Azli Nik Alias memastikan Malaysia menamatkan saingan tanpa kekalahan di tempat sendiri apabila meledak gol penyamaan di minit akhir perlawanan.

MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2308
Pemain Malaysia B-23, Hadi Fayyadh (kanan) dikasari pemain Australia B-23, Brandon Wilson pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019
MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2313
Pemain Malaysia B-23, Evan Wesley dihalang pemain Australia B-23, Pierce Waring (kanan) pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019
MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2316
Pemain Malaysia B-23, Nik Azli Nik Alias meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019
MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2320
Reaksi ceria pemain- pemain Malaysia B-23 selepas tamatnya perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019
MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2321
Reaksi ceria pemain- pemain Malaysia B-23 selepas tamatnya perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019
MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2323
Reaksi ceria pemain- pemain Malaysia B-23 selepas tamatnya perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019
MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2302
Pasukan Malaysia B- 23 bergambar sebelum memulakan perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019
MGF17032019_PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA B-23 VS AUSTRALIA B-2301
Pasukan Australia B- 23 bergambar sebelum memulakan perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2019 di antara pasukan Malaysia B- 23 menentang Australia B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2019