Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Tan Sri Tony Fernandes menutup akaun Facebook susulan live streaming tembakan rambang di dua masjid di New Zealand yang didakwanya sangat melampau.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Berhad itu berkata, Facebook Inc. sepatutnya mempunyai kawalan yang lebih baik.

Tony memiliki 670,000 pengikut di Facebook.

Ahli perniagaan yang menguasai media sosial itu memberitahu, beliau mungkin akan menutup laman Twitternya kerana benci dengan apa dikongsi dalam media sosial.

Beliau mempunyai 1.29 juta pengikut dan melakukan lebih daripada 20,000 ciapan sejak menyertai Twitter pada tahun 2008. – MalaysiaGazette