CHRISTCHURCH (Reuters) – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bakal mengumumkan undang-undang baharu berhubung senjata api dalam tempoh beberapa hari lagi.

Keputusan itu diambil selepas seorang lelaki bertindak membunuh 50 orang dalam kejadian tembakan di dua buah masjid di Christchurch.

“Dalam tempoh 10 hari selepas satu kejadian pengganas kejam ini, kami akan mengumumkan satu reformasi yang mana saya percaya akan membuatkan masyarakat kita lebih selamat,” katanya semasa sidang media selepas kabinetnya bersetuju secara principal untuk menggubal semula undang-undang senjata api susulan insiden yang dianggap paling buruk di New Zealand.- MalaysiaGazette