KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Datuk Razlan Rafii untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya terhadap pemimpin pemimpin DAP baru baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis ke atas bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu.
“Ya..ya..ada laporan polis.. kita akui ada laporan telah dibuat dan kertas siasatan pun telah dibuka.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan kita akan ambil tindakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Jalan Semarak petang tadi.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tergempar antara Persatuan Pegawai Kanan Polis, Persatuan Pegawai Rendah Polis pembentangan dan penyerahan memorandum berhubung Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diadakan secara tertutup di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini.
Ditanya sama ada Razlan akan dipanggil untuk dirakam keterangan dan sebagainya, Mohamad Fuzi berkata, Razlan akan dipanggil untuk diambil keterangan jika perlu dan ia bergantung kepada pegawai siasatan kes.
“Esok kita akan rekod kenyataan dia (Razlan) dan passkan khas dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan itu (rakam keterangan),” tegasnya sambil enggan mengulas lanjut.
Razlan didakwa dalam akaun twitter peribadinya berkongsi komen berbunyi ” Elok tembak puak puak DAP ini,”.
Komen kontroversi itu menyusul dari Razlan sebagai membalas bidasan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri, Mengkibol Chew Chong Sin menggenai serangan pengganas di Christchurch New Zealand merujuk kepada kerjasama UMNO-Pas.
Ia mencetuskan pelbagai reaksi sehingga wakil DAP telah membuat laporan polis sebagai mendesak pihak berkuasa bertindak ke atas Razlan. – MalaysiaGazette