Jinghan Naan

CHRISTCHURCH, New Zealand – Mesej yang menyentuh hati mengenai serangan dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang diluahkan seorang blogger tular di laman media sosial.

Jinghan Naan yang mengendalikan blog The Radiant Muslim, menujukan hantarannya itu kepada Brenton Tarrant yang didakwa membunuh 50 orang pada Jumaat lalu

Beliau berkata, serangan yang dilakukan itu akan menyatukan umat Islam lebih rapat dan akan mendapat kefahaman serta sokongan yang lebih daripada bukan Islam.

“Hargai anda telah berusaha untuk menemui masa solat tengahari (solat Jumaat),” tulis Naan yang telah dikongsi sebanyak 50,000 kali.

“Hargai bahawa anda mempelajari lebih agama kami untuk mengetahui bahawa Jumaat merupakan hari yang mana kaum lelaki pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

“Tetapi saya agak ada sesuatu, malangnya anda tidak dapat mempelajari.

“Mungkin anda tidak mengetahui bahawa apa yang anda lakukan mungkin menjadikan mereka syahid.

Beliau berkata, malah ‘orang sepeti anda’ dialu-alukan ke masjid.

“Semua orang dan setiap orang dialu-alukan bersama kami,” katanya.

Sejak insiden Jumaat lalu, beratus-ratus penghormatan dilakukan di dua buah masjid di Christchurch yang menjadi sasaran itu dan beribu-ribu orang telah memberi penghormatan dengan menggunakan lilin di seluruh dunia.

Tulis Naan: “Hargai bahawa anda menjadikan warga New Zealand keluar rumah mereka untuk melawat masjid berhampiran mereka dengan membawa bunga dan mesej yang indah mengenai keamanan dan cinta.

“Anda telah menghancurkan banyak hati dan anda telah membuat dunia meratap. Anda telah tinggalkan ruang kosong yang besar.

“Tetapi anda juga membawa kami bersama lebih dekat. Dan memperkukuhkan kepercayaan dan azam kami.

“Dalam minggu mendatang, lebih ramai orang akan hadir di masjid, tempat yang anda sangat benci, diperkukuhkan dengan kekuatan kepercayaan mereka dan diilhamkan oleh mereka yang gugur

“Dalam minggu mendatang, lebih ramai bukan Muslim akan hadir di pagar masjid dengan bunga segar dan nota indah yang ditulis tangan. Mereka mungkin tidak mengetahui di mana masjid di kawasan mereka. Tetapi kini mereka tahu. Ia semua kerana anda.

“Anda mungkin telah mencapai sasaran anda untuk melakukan kemusnahan, tetapi saya jangka anda gagal menghasut kebencian, ketakutan dan membuatkan kami semua berputus asa.

“Dan ketika saya faham bahawa ia mungkin objektif anda, saya tidak suka untuk menyatakan bahawa selepas semua perancangan terperinci dan jahat serta usaha buruk anda, anda masih gagal memecah-belah antara Muslim dan bukan Muslim di dunia ini.

“Untuk itu, saya tidak boleh kata bahawa saya minta maaf.

Hantaran beliau menyaksikan beratus-ratus pelajar berhimpun untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terbunuh dalam insiden di Christchurch itu.

Golongan remaja menangis di seluruh New Zealand berikutan serangan yang mengejutkan itu.

Ada yang memberi penghormatan dengan persembahan tarian Maori tradisional, Haka.

Yang lain menyalakan lilin sambil berpelukan di luar Masjid Al Noor, salah satiu lokasi sasaran pada Jumaat lalu.

Tarrant, 28, telah didakwa kerana membunuh pada Sabtu lalu. – Agensi