TERKINI : HARAP BERNAS MASIH WUJUD! Jangan Jadi Nokia – Salahuddin Ayub

SERI KEMBANGAN – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) tidak boleh selesa dengan kedudukan semasa sebaliknya terus meneroka perkembangan teknologi pertanian dunia moden untuk menjadi juara pentas antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau mahu melihat Bernas tidak hilang dari arena pertanian negara dan mampu bersaing di gelanggang luas dan besar seterusnya membuktikan keupayaan dengan pengalaman 25 tahun sekaligus menjadi payung industri padi dan beras negara.

Katanya, kepimpinan Bernas harus mengambil pengajaran dari perjalanan 25 tahun yang cukup mendewasakan syarikat itu bukan sekadar memahami dunia korporat tetapi juga menjadi organisasi yang lebih memahami keperluan rakyat dan pemain industri padi dan beras.