Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Pengurangan hukuman itu membolehkan perayu, Chong Ann Ni, 25, dibebaskan dari Penjara Kajang, Selangor, hari ini selepas hukuman penjara selama lima hari yang bermula Isnin lepas tamat.

KUALA LUMPUR – Seorang pelancong lelaki warga Filipina yang berbogel sambil berjalan di tengah-tengah jalan raya yang videonya tular di laman sosial baru-baru ini, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkelakuan tidak sopan dengan memanjat kereta di tempat awam dalam keadaan bogel.

Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Karim selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Inggeris.

Beliau didakwa memanjat kereta Honda City dalam keadaan berbogel di Jalan Sultan Ismail, di sini pada 10.40 pagi, 13 Mac lepas.

Beliau yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana tiada anggota keluarga atau rakannya hadir untuk menjaminnya.

Mahkamah memerintahkan Kent ditahan reman dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 April.

Menurut laporan media, seorang individu dikesan berbogel sambil melakukan aksi lucah di hadapan sebuah pusat beli belah di sekitar Jalan Imbi, berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang pada 13 Mac lepas. – MalaysiaGazette