Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan

KUALA LUMPUR – Pihak penganjur Perhimpunan Solidariti Kedamaian tidak perlu risau kerana permohonan mereka untuk mengadakan himpunan di Dataran Merdeka telah diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Himpunan yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa itu bakal diadakan pada Sabtu ini melibatkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“(Penganjuran Himpunan Solidariti Kedamaian) diluluskan,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Himpunan itu akan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada pukul 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Awal hari ini, Mujahid berkata pihak penganjur tidak perlu risau kerana isu permit telah disediakan pejabatnya malah himpunan itu boleh diteruskan sebagaimana dirancang.

“Itu (permit) sudah selesai, dah diuruskan. Kita (Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dah uruskan,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Malah himpunan itu turut dalam proses mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Shaharudin -MalaysiaGazette