Pengerusi IRAMA, Ayob Abdul Majid (duduk, tengah) bersama barisan ahli jawatankuasanya yang baharu.

KUALA LUMPUR – Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) mahu kerajaan mewujudkan satu badan khas untuk muzik di dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Dalam pada itu Pengerusi IRAMA, Ayob Abdul Majid juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Kami akan mengadakan lawatan suai kenal ke FINAS bersama barisan exco baharu IRAMA tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut Ayob, Ahli Jawatankuasa Exco IRAMA baru-baru ini telah bersetuju sebulat suara melantik beberapa ahli baharu untuk menjawat beberapa jawatan di dalam IRAMA bagi memantapkan lagi jentera sedia ada.

Antara pelantikan baharu ialah Setiausaha Kehormat IRAMA, Lisza Abd Kadir.

IRAMA merupakan gabungan syarikat-syarikat rakaman kecil tempatan bagi penerbitan karya muzik, rakaman audio dan kandungan digital kreatif multimedia yang berpengkalan dan berpusat di Malaysia.

Konsortium IRAMA pada masa kini diurus tadbir dan diteraju oleh meraka yang mempunyai pengalaman di dalam bidang-bidang lebin dari 20 tahun yang mengetahui selok belok perkembangan hiburan tanahair agar dapat dikongsi kepada generasi muda.

“Visi IRAMA iaitu menjana pendapatan ahli di dalam industri rakaman hiburan hingga ke peringkat global. Misi IRAMA adalah mendidik dan membantu ahli di dalam mencari peluang-peluang pendapatan.

“Dengan penstrukturan semua ahli jawatankuasa exco IRAMA bagi tahun 2019/2020 diharapkan dapat merealisasikan segala visi dan misi IRAMA dengan penuh semangat dan setia kawan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/14/ahmad-idham-bos-baharu-finas/