Ketua Pegawai Eksekutif Glitzkoin, Datuk Seri Navneet Goenka bersama Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohamad Mokhtar beramah mesra bersama anak-anak Akademi Tahfiz Darul Abrar pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Tahfiz Darul Abrar dan Anak Yatim Dun Meru anjuran Glitzkoin, Ceres Jewels dan Bawnanavneet di Starhill Gallery Entrance, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 JUN 2018.

SHAH ALAM – Lembu-lembu terbiar di Selangor yang tidak dituntut perlu dijual dan kerajaan negeri boleh mendapat hasil daripadanya.

Itu cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (AMANAH), Mohd. Fakhrulrazi Mokhtar.

“Saya hendak beri input sikit. Ia mungkin jadi isu tapi penternak kena ajar. Lembu yang sudah ditangkap dan tidak dituntut dijual dan hasil beri kepada kerajaan negeri,” ujarnya semasa soalan tambahan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Mohd. Fakhrulrazi juga mencadangkan kadar denda kepada penternak dinaikkan sebagai peringatan kepada penternak lembu haram.

Menjawab soalan itu, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim (AMANAH) berkata, kerajaan negeri akan meneliti cadangan itu.

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan ada penternakan kira-kira 1,000 kerbau haram di Hulu Langat begitu subur dan penternaknya mendapat untung dengan cara menjual susu kerbau itu.

Bagaimanapun, katanya, ada penternakan yang sah pula ada binatang ternakan mereka tidak sesubur itu.

Terdahulu, Izham menegaskan, pihaknya sedang menilai tanah-tanah kosong di Selangor sebagai kawasan translokasi untuk kira-kira 7,000 ekor lembu rayau di Selangor.

“Isu lembu terbiar atau rayau sudah lama kerana kekangan logistik dan kerajaan berpandangan tanpa alternatif akan timbul isu-isu sukar diselesaikan.

“Sebab itu kita ambil langkah alternatif dulu sebelum tindakan tegas,” katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan negeri komited menyelesaikan isu berkenaan namun tidak dapat memberi jangka waktu yang tepat bagi menanganinya.

Beliau berharap ia dapat diselesaikan selewat-lewatnya dalam penggal DUN ini.- MalaysiaGazette