Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng menjelaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Cukai Keuntungan ke atas institusi perbankan negara.

“Kita tidak ada cadangan untuk menguatkuasakan Cukai Keuntungan. Tetapi memandangkan cukai itu tidak dilaksanakan, bank-bank perlulah lebih fleksibel dalam memberi pinjaman,” katanya di Parlimen hari ini.

Menteri Kewangan itu membuat penjelasan selepas membuat kenyataan amaran berhubung cukai berkenaan di Invest Malaysia 2019 Selasa itu.

Artikel berkaitan: Cukai Keuntungan: Sanggupkah bank berdepan risiko NPL?

Katanya: “Apa yang saya katakan adalah kerajaan tidak mengenakan Cukai Keuntungan dan saya yakin bank-bank tidak mahu cukai itu dilaksanakan.

“Jika melihat kepada konteks itu, kita tidak ada hasrat (laksanakan) tetapi berharap bank-bank boleh memudahkan pemberian pembiayaan memandangkan mereka melakukan banyak untung,” kata beliau. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/19/kata-dua-untuk-bank-dan-hospital-swasta/