Umat Islam bersolat beramai-ramai di perkarangan Masjid Al Noor, Christchurch. foto AGensi

WELLINGTON – Imam Masjid Al Noor,  Gamal Fouda berkata,  serangan yang menyebabkan 50 orang jemaah di dua masjid terbunuh di Christchurch minggu lalu telah merobek perasaan jutaan penduduk dunia.

Masjid Al Noor antara salah satu masjid yang diserang oleh seorang lelaki bersenjata minggu lalu.

Malah, masjid itu menyaksikan ramai mangsa yang terkorban.

imam
Gamal Fouda

“Jumat lalu saya berdiri di masjid ini dan melihat kebencian dan kemarahan pada mata pengganas yang membunuh dan menyebabkan korban syahid 50 orang yang tidak bersalah, mencederakan 42 dan telah menyentuh hati berjuta-juta orang di seluruh dunia.

“Hari ini, dari tempat yang sama, saya melihat kasih sayang dan belas kasihan di mata ribuan orang New Zealand dan manusia dari seluruh dunia, yang mengisi hati berjuta-juta orang yang tidak bersama kita secara fizikal tetapi dalam semangat.

“Pengganas ini cuba meruntuhkan negara kita dengan ideologi jahat yang telah merobohkan dunia tetapi sebaliknya kita telah menunjukkan bahawa New Zealand tidak dapat dipecahkan,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat New Zealand atas air mata yang mengalir tanda berkongsi kesedihan mereka.

hagley
Sebahagian penduduk New Zealand yang hadir untuk bertafakur bagi mengenang insiden berdarah di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Foto Agensi

Beliau berucap di hadapan ribuan penduduk New Zealand yang hadir untuk bertafakur di Hagley Park bagi memperingati insiden menyayat hati itu.

Hadir sama Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan bintang All Black, Sonny Bill Williams.

Gamal berkata lagi: “Hati kami remuk, tetapi kami tidak berpatah semangat. Kami hidup, kami bersama, kami akan pastikan tidak ada siapa dapat memisahkan kami,” katanya dengan penuh syahdu.

Ucapan imam itu amat menyentuh perasaan telah mendapat tepukan gemuruh daripada rakyat New Zealand yang menyertai acara itu.

Imam itu turut melahirkan ucapan terima kasih kepada polis dan anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa sendiri setiap hari demi keselamatan orang ramai.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kejiranan setempat yang sentisa ‘membuka pintu’ demi menyelamat umat Islam daripada pengganas.

hagley3

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut hadir bersama-sama menyertai majlis memperingati serangan ke atas jemaah dua masjid di Christchurch. foto AGensiUcapan imam itu amat menyentuh perasaan telah mendapat tepukan gemuruh daripada rakyat New Zealand yang menyertai acara itu.

“Kami bertekad untuk saling mengasihi dan menyokong satu sama lain. Jumlah orang yang dibunuh tidak biasa tetapi perpaduan di New Zealand adalah luar biasa,” katanya.

Menurut beliau lagi, ideologi Islamophobia telah mencetuskan pembunuhan.

“Orang Islam telah merasakan kesakitan selama bertahun-tahun. Mereka telah dibunuh Kanada dan keganasan itu digunakan terhadap remaja di Norway dan menentang umat Islam yang tidak bersalah di UK, AS dan negara-negara lain di seluruh dunia.

“Islamophobia adalah nyata, ia adalah kempen yang bertujuan untuk mempengaruhi orang ramai, untuk rasa takut dan ragu-ragu terhadap orang-orang Islam, takut kepada apa yang kita hendak, takut dengan pilihan makanan yang kita makan, takut dengan cara kita berdoa dan takut dengan cara kita mengamalkan iman.

Tetapi katanya, New Zealand telah mengajar dunia tentang kasih sayang dan belas kasihan.  – MalaysiaGazette