Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Penyokong DAP sengaja memainkan sentimen perkauman untuk menimbulkan kemarahan bukan Melayu kepada UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun parti itu telah menjelaskan sejak sekian lama termasuk menerusi tindakan ke arah menyatukan kaum, namun DAP menerusi penyokongnya masih menjalankan dakyah untuk melaga-lagakan.

“Kalau UMNO, Pas perkauman, orang mendatang tidak akan menjadi warganegara Malaysia.

“Maka dengan itu juga tidak ada “jus soli” (hak untuk kawasan) kepada kaum pendatang,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Beliau menjawab status penyokong DAP, juga menerusi Twitter cuba memainkan sentimen rasis dengan mendakwa UMNO, Pas membawa isu perkauman.

Pemilik akaun Terencce Dass menerusi ciapannya berkata, DAP hanyalah komponen Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR yang mempunyai ramai ahli Melayu.

“DAP pun mempunyai ahli Melayu. PH berkuasa disebabkan DSN (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kroninya yang merosakkan sistem kewangan negara.

“Saya menolak UMNO, Pas kerana UMNO, Pas membawa isu perkauman,” tulisnya yang merupakan pengacara bebas. – MalaysiaGazette