Pergelutan berlaku antara penyokong Najib dan seorang penuntut Universti Malaya (UM) yang mencetuskan provokasi semasa Program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar kecoh apabila sekumpulan enam lelaki dipercayai pelajar Universiti Malaya (UM) cuba mengganggu dengan menimbulkan provokasi.

Kejadian itu berlaku ketika Najib berada dalam program yang diadakan di sebuah restoran berdekatan dengan kawasan universiti tersebut hingga mencetuskan kekecohan hampir 10 minit.

Penyokong Najib yang berada di tempat kejadian menjadi berang apabila sekumpulan pelajar itu memegang plakad, antara lain gambar badut yang menyerupai Najib, Najib Tak Malu, Tangkap Najib, Mana RM2.6 bilion dan Pulangkan Duit Rakyat.

MGF22032019_PELAJAR UM PROVOKASI08
Beberapa lelaki cuba merampas plakad selepas enam pelajar Universti Malaya (UM) menimbulkan provokasi semasa Program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2019

Walaupun tindakan mereka disedari tidak dialu-alukan dalam program bersama Bossku itu, namun kumpulan itu terus berhimpun sambil bersorak, ‘Najib itu perompak kita tahu’.

Berang dengan perbuatan itu, pemimpin Datuk Lokman Noor Adam bertindak merampas plakad berupa gambar badut daripada salah seorang pelajar UM terbabit dan mengoyaknya sebelum berlaku pergelutan.

Pelajar terbabit dipercayai Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke kelihatan bergelut dengan Lokman sambil menegaskan tindakannya itu sebagai seorang mahasiswa.

MGF22032019_PELAJAR UM PROVOKASI05

Lokman Noor Adam (pakaian gelap) merampas plakad daripada penuntut Universti Malaya (UM) yang menimbulkan provokasi Program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 20199Keadaan semakin tidak terkawal apabila salah seorang lelaki yang tidak dikenali cuba mencekik leher Wong sebelum dia dikerumi orang ramai, mungkin untuk meleraikan pergelutan itu.

Turut kelihatan kelibat seorang pemimpin UMNO Taman Medan yang kelihatan mencekik leher Wong ketika pergelutan sebelum diusir dari kawasan kejadian.

Wong juga kedengaran agar dia tidak dicekik oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Najib. – MalaysiaGazette