Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan juruterbang pesawat swasta yang merempuh kenderaan unit kejuruteraan Malaysia Airports Berhad (MAB)  Selasa lalu.

Insiden yang berlaku pada pukul 3.20 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang itu menyebabkan seorang petugas Malaysia Airports Holdings Berhad meninggal dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,  terdapat beberapa laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut termasuklah daripada pihak keluarga mangsa.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: Kakitangan MAHB parah dalam kemalangan dengan pesawat persendirian

Kakitangan MAB cedera dalam kemalangan di landasan meninggal dunia

Pesawat patuhi semua peraturan – Berjaya Air

Tiada amaran ada kenderaan di landasan – Juruterbang

Siasatan kemalangan di LTSAAS dijangka siap dalam sebulan

Jangan buat spekulasi tentang kemalangan – MAHB

Kita telah memangggil pemandu pesawat terbabit untuk proses merakam percakapan.

“Siasatan juga dibuat secara menyeluruh termasuk daripada syarikat terlibat untuk membolehkan polis menyiapkan kertas siasatan secepat mungkin,” ujarnya. – MalaysiaGazette