Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menukilkan sebuah sajak bertajuk Budaya Baru.

Sajak itu dipercayai ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak berdasarkan bait-baitnya yang bernada satira.

Ia menyindir bekas perdana menteri yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Meskipun begitu, populariti Najib meningkat dengan fenomena Bossku.logan ‘malu apa Bossku’ mula tular selepas sebuah video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib.

Berikut adalah sajak tersebut:

BUDAYA BARU, 22 Mac 2019

Aku curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.
Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.
Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.
Nak malu apa. Bossku.
Bangsaku tak perlu malu.
Curilah…
Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.
Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.
Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss. – MalaysiaGazette