Muka hadapan The Press

KUALA LUMPUR – Akhbar The Press New Zealand hari ini memaparkan perkataan ‘Salam’ dalam tulisan jawi di muka hadapannya hari ini.

Perkataan itu turut diberi terjemahan ‘peace’ dalam bahasa Inggeris.

Ia bagi menunjukkan kebersamaan rakyat New Zealand dengan mangsa-mangsa dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch minggu lalu.

Nama-nama mangsa yang terkorban dalam insiden berdarah itu turut dipaparkan.

Kejadian itu berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah rakyat asing di negara itu.

Antaranya, Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Turkey, Somalia dan Afghanistan.

Rakyat New Zealand bersama-sama perdana menterinya, Jacinda Ardern hari ini bersama-sama berkumpul di Hagley Park, di hadapan Masjid Al Noor  untuk bertafakur.

Masjid Al Noor merupakan salah satu lokasi serangan berdarah yang menyaksikan ramai mangsa terkorban.

Sebelum itu, laungan azan juga diperdengarkan melalui stesen televisyen dan radio.

Kaum wanita yang bersama-sama menyertai acara itu turut memakai tudung kepala.

Dianggarkan 5,000 orang menyertai acara itu.

Ardern dalam ucapannya berkata:” Apabila ada anggota yang sakit, seluruh tubuh rasa sakit”. – MalaysiaGazette