Keadaan cabang Sungai Kim Kim lokasi di mana penemuaan tong disyaki mengandungi sisa kimia yang dibuang di Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Pasir Gudang yang ditutup susulan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim akan
dibuka semula mulai 31 Mac ini.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi Menangani Pembuangan Sisa Bahan Kimia di Sungai Kim Kim memutuskan menghentikan Ops Sungai Kim Kim.

Jawatankuasa itu juga menutup Pusat Kawalan Operasi Bencana.

Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan sekilah akan dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Ibu Bapa dan Komuniti, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan swasta tempatan tanpa melibatkan murid-murid mengikut kesesuaian sebelum sekolah dibuka dengan mematuhi segala prosedur operasi standard. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan