TERKINI : Tindakan Boleh Diambil Selagi Akta Hasutan Berkuatkuasa – Musa Hassan

KUALA LUMPUR – Akta Hasutan 1948 masih lagi berkuatkuasa dan boleh digunakan untuk menjamin ketenteraman awam selagi mana undang-undang itu tidak dibekukan penggunaannya oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sekiranya undang-undang itu masih berkuatkuasa, pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pesalah yang mengingkarinya.

“Kalau Menteri Dalam Negeri kata undang-undang itu masih boleh diambil tindakan, masih boleh dikuatkuasa, maka boleh diambil tindakan.

“Ia boleh dilaksanakan tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas rundingan meja bulat untuk mengekalkan hukuman mati mandatori untuk pembunuh di Wisma MCA, di sini, hari ini.