Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengetuai perarakan Himpunan Solidariti Kedamaian dari pekarangan Sogo ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 peserta himpunan hadir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengetuai perarakan Himpunan Solidariti Kedamaian dari pekarangan Sogo ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 peserta himpunan hadir.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peserta himpunan Solidariti Kedamaian berhimpun menyatakan harapan dan hasrat mereka agar keharmonian dan keamanan kaum terus subur di negara ini.

Mereka yang berkumpul di pekarangan pusat beli belah Sogo di ibu kota seawal jam 7 pagi ini, berarak ke Dataran Merdeka yang terletak kira-kira 500 meter daripada lokasi perhimpunan sambil melaungkan “Hidup Kedamaian”, “Tolak Kebencian”, “Tolak Terorisme”, “Dunia Tanpa Kebencian”, “Hancur Kezaliman”, dan “Hancur Keganasan”.

Perarakan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa sambil diiringi rakan sejawatannya, Senator Wayhta Moorthy; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Khalid Samad; dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad.

Himpunan Solidariti yang melibatkan kehadiran semua kaum iaitu Melayu, Cina, India, Sikh serta wakil penganut agama Buddha dan Kristian adalah cadangan asal Dr. Mujahid yang bertujuan memastikan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sentiasa mencintai kedamaian, keharmonian dan keamanan.

Di Dataran Merdeka, semua wakil kaum dan anutan diberi peluang berucap kepada hadirin berkaitan topik kedamaian. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggalkan Jawapan