Euro 2020
Pemain-pemain Perancis gembira selepas wisel terakhir ditiup oleh pengadil diakhir perlawanan selepas pasukan itu berjaya menundukkan Moldova dengan jaringan 4-1

PARIS – Perancis mencapai kemenangan mudah apabila mengatasi Moldova dengan jaringan 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Chisinau pada pembukaan kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.

Pemain sayap Perancis, Antoine Griezmann menjaringkan satu gol bagi membantu kemenangan yang dicapai pasukan itu.

Penyerang Atletico Madrid itu membuka jaringan pada minit ke-24 saingan Kumpulan H sebelum menghantar bola lintang kepada Raphael Varane yang menggandakan jaringan tiga minit kemudian.

Olivier Giroud menyamai jumlah jaringan David Trezeguet sebagai pemain ketiga terbanyak menjaringkan gol buat Les Bleus menerusi jaringan antarabangsa ke-34 sembilan minit sebelum rehat dan Kylian Mbappe melengkapkan kemenangan tiga minit kemudian.

Vladimir Ambros menjaringkan gol saguhati buat Moldova. – MalaysiaGazette