Pemandangan bandar raya SIngapura.

KUALA LUMPUR – Singapura, Paris dan Hong Kong termasuk dalam kategori bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami pada tahun ini.

Agensi berita Yonhap melaporkan, ia diikuti bandar raya seperti Zurich, Geneva dan Osaka.

Ibu negara Korea Selatan, Seoul pula menduduki tempat ketujuh hasil tinjauan dijalankan Worldwide Cost of Living (WCL), kendalian Unit Perisikan Ekonomi (EIU).

Ia berdasarkan tinjauan harga lebih daripada 150 barang di 133 bandar di seluruh dunia.

Sementara itu, bandar raya Tokyo pula empat peratus lebih murah berbanding New York dan Seoul, manakala Shanghai bandar paling mahal di tanah besar China, berada di ranking ke-25. – MalaysiaGazette